Saturday, March 6, 2010

Udang Masam Manis


Actually Jemari tak makan sangat udang ni. Kurang gemar tapi sebab Mr. Ed suka udang so Jemari pun pegi la kat pasar cari udang. Masak masam manis... Masakan ni di inspirasikan oleh Mat Gebu. Thanks Mr. Mat Gebu. :)

Bahan2:
10 ekor udang (siang & bersihkan)
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 ulas bawang besar ditumbuk lumat
1/2 sos cili thai
1 sudu besar sos masam manis
2 camca besar sos tomato
1 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
1 camca besar kicap cair

Cara2:
1. Gaul udang dengan kunyit & garam, goreng hingga kemerahan. Angkat & tos.

2. Tumis bawang besar, bawang putih hingga sedikit garing. Masukkan sos cili thai, sos tomato, sos tiram, sos masam manis, gaul rata. Tuang air & masak hingga mendidih.

3. Masukkan udang dan kicap cair, gaul rata & masak dengan api kecil hingga pekat.

No comments:

Post a Comment