Saturday, July 30, 2011

Laksa Sarawak


Lama dah tak  pekena Laksa Sarawak ni... Rempah readymade ni bonda Jemari yang kirim hari tu... Dah lama juga ada cuma tak berkesempatan nak memasaknya. Mr.Ed layan juga laksa ni... Adik ipar pun suka... hehehe tak tahu gak sebenarnya if dia suka ke tak tapi dia makan tambah-tambah :D. Enjoy tol masak if tengok orang berselera makan... If dorang pun leh makan tambah2, inikan mula Jemari yang hobby mengisi perut ni...hehe. Sapa2 yang nak try ni boleh la kirim kat kawan2 or family yang berkunjung ke Kuching... RM5 peket je seringgit...

1/2 bungkus beehoon di celur
2 peket perencah laksa (boleh didapati di Sarawak saja)
4 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
Ayam (rebus dalam air garam - dah masak carik2 kan isinya)
2 biji telur ( buat telur dadar dan hiris panjang-panjang)
Tauhu Goreng (dihiris)
Daun Sup(dihiris)
Tauge (dicelur)

1. Masukkan perencah laksa dalam santan cair. Biar mengelegak... Then baru masukkan santan pekat dan garam secukup rasa... Perlahan kan api dan biarkan mereneh dalam 10 minit.....

2. Nak makan boleh la hidangkan beehoon dan hias dengan ayam, tauhu, tauge, telur dan daun sup...

3.Last masukkan kuah laksa tadi... Simple kan???



*Sambal - Blend Cili Merah, Cili Api, Belacan dan sedikit garam. Then tumis sekejap dalam 5 minit. Masa nak makan boleh hidangkan sambal dengan perahan limau....

No comments:

Post a Comment