Thursday, March 4, 2010
Terung Masak Kicap
Wahhh... dah lama giler tak masak sejak dah start keje balik... ni tadi balik rumah je teringin lak nak rasa terung masak kicap... Dah 2 3 hari gak menjengah gambar-gambar resepi terung masak kicap ni. Ada gambar nampak menyelerakan sangat ada lak yang sedang2 tapi comment macam sedap so Jemari pun try la...
Bahan2:
2 biji terung panjang dipotong senget
1 sudu kecil cili giling
5 biji cili api*
sesudu serbuk ikan bilis*
2 ulas bawang putih*
3 biji bawang merah* (*tumbuk lumat)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
segenggam ikan bilis (digoreng garing & asingkan)
Cara2:
1. Goreng terung hingga layu kemudian ketepikan.
2. Tumiskan bahan2 yang ditumbuk lumat hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling. Setelah agak garing bolehlah dimasukkan terung dan gaul rata. Kemudian bolehlah dimasukkan kicap manis dan sos tiram.
3. Last sekali bolehlah taburkan ikan bilis yang dah digoreng ke atas terung tadi. Siap!!! Owh...memang betul comment mereka di luar sana... Sodap!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment