Saturday, December 18, 2010

Sisterly Spagetti Meatballs

Ohlala... Jemari kasi nama spagetti ni 'Sisterly Spagetti Meatballs' sebab resepi ni dapat from kakak Jemari. Bab2 pasta ni, masakan dia yang terbaik... If dia masak, memang siap minta tapau wat bekalan makan kat rumah. Jemari if dah masak spagetti ni, dah tak makan benda lain la penghuni rumah Jemari... Spagetti siang malam pagi petang la jawabnya. Mari kita share resepi dari kakak jemari ni...


Bahan2:
1 bungkus spagetti
1 botol sos spagetti (biasanya beli brand preggo)
1/2 botol air 
1/2 botol sos tomato
1/2 botol sos cili
2 sudu minyak sayuran
garam secukup rasa
cheese parut (jemari guna cheesedale)
1 tin creamy chicken soup
1 paket bebola daging
1 paket daging kisar (paket kecil Ramlee's)
3 ulas bawang putih(cincang halus)
1 tin kecil tomato  puree

Cara2:

1.Masukkan garam dan sesudu minyak dlm air dan didihkan. Setelah didih, masukkan spagetti dan tunggu hingga lembut (jangan overcooked). Gaul sesekali utk elak dari melekat. Setelah lembut, boleh tos dan asingkan. Tuang sesudu lagi minyak masak dan gaul bagi elak spagetti dari melekat.

2. Utk cream, Jemari just panaskan creamy chicken soup. Utk elak terlalu pekat, biasanya jemari masukkan 1/4 air dari sukatan tin dan gaul rata hingga sebati. Setelah merenih, ketepikan.

3.Tumis bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan daging kisar dan tumis hingga daging masak. Masukkan tomato puree diikuti dengan sos spagetti dan 1/2 botol air. Gaul hingga sebati dan biarkan merenih dalam 10 minit.

4. Masukkan 1/2 botol sos tomato dan sos cili utk memekatkan kuah. Masukkan garam & gula sesuai rasa.Boleh lah masukkan spagetti ke dalam pinggan, topup kan dengan meatball dan kuahkan dengan sos spagetti, creamy chicken sos dan cheese parut... Siap!

5. Utk meatball, since kita beli yang instant, biasanya if nak makan barulah Jemari celurkan bebola daging tersebut. Siapa yang gemarkan cendawan butang, blh hiris nipis dan campurkan dalam sos spagetti semasa menumis daging.


Spagetti ni, Jemari campurkan juga dengan lebihan elbow yang ada dalam esbok.. alang2, sayang lak if tak masak sekali :)


Friday, September 17, 2010

Hari Raya

Owh... Indahnya bila dapat beraya dengan keluarga tercinta!!! Happy dia satu macam... suasana balik kampung, bakar kuih, kemas rumah... semua aktiviti yang biasa kita lakukan sempena menyambut hadirnya Syawal amat membahagiakan. Tahun ni, keluarga Jemari ada 3 additional member in our family so tahun ni kitaorang amik la gambar kat Art Friend Studio. Gambar dah siap tapi kena wait family jemari turun KL hujung bulan depan utk bawa 1 copy for me. Some of the raya photos ...



Sunday, August 22, 2010

Selera Ramadhan III

Tepung Pelita

Murtabak Ayam

Puding Buah Peach & Laici

Epal & Plum

Kurma

Selera Ramadhan II

Sambal Tumis Petai


Rendang Kerang

Ikan Bilis Berlada
Kerabu Pegaga
Masak Lemak Daging Salai

Selera Ramadhan I

 Pejam celik pejam celik, dah 2 minggu kita berpuasa... Selama ni juga la Jemari tak bermasak. Masak nasi ngan goreng telur jeh. If tak pun panaskan lauk beli di bazar Ramadhan. Al-maklum lah, bulan puasa bukan makan banyak, makan sekali je. Sahur pun Jemari panaskan mana lauk lebih berbuka tadi... Tak baik membazirkan...

Inilah lauk pauk kitaorang.....

Rojak Mamak


Bee Hoon Goreng

Siput Masak Lemak Cili Api
Ayam Percik
Nasi Lemak

Ketam Goreng Telur Masin


Ketam  yummy... Kadang2 Jemari tersenyum sorang time update Blog ni. Ada ke orang yang baca blog Jemari ni? Hahaha....

Resepi ni Jemari dapat dari satu blog tapi sumpah, tak ingat blog yang mana satu!!! Jemari baca resepi ni if tak silap dalam bulan lepas. Tak lama lepas tu Ibunda Jemari turun KL dengan makcik meletops Jemari. Tetiba lak nak tunjuk skill masak ketam ngan resepi baru. Jemari tak berapa ingat berapa ukuran bahan2 resepi tersebut tapi Jemari boleh ingat lagi bahan2 dan cara memasaknya. So kat bawah ni estimation Jemari, if kurang ummphhh sorry lah ye. Tapi kawan2, mak, makcik dan sedara yang makan semua kata best! Adik siap mintak resepi nak tunjuk skill memasak depan mak mertua dia. Licin pinggan katanya! Hehe...

Bahan2:
3 ekor ketam bunga besar (belah 4)
3 biji telur masin (rebus 5 minit kemudian ambil kuningnya dan lecekkan)
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
sedikit kunyit, garam dan tepung beras (utk mengoreng ketam)
sedikit santan pekat / susu cair
2 sudu makan butter

Cara:
1. Lumur serbuk kunyit, garam dan tepung beras dengan ketam. Kemudian gorengkan hingga bertukar warna merah. Angkat dan asingkan.

2. Dalam kuali yang bersih, masukkan mentega. Biar hingga cair kemudian boleh masukkan bawang putih, daun kari dan cili api yang telah dihiris serong hingga naik bau.

3. Masukkan kuning telur masin yang telah di lecekkan (kat sini, Jemari masukkan sedikit putih nya - sayang membazir!) Kemudian masukkan santan / susu dan biar hingga keluar buih...

4. Last masukkan ketam. If tak cukup masin atau pedas boleh lah tambahkan garam dan cili api. Slurrppp!!!

Nasi Briyani



Jemari dah pernah try nasi briyani ni sebelum ni. Memang simple dan sedap dimakan. Masih guna resepi yatea dari myresepi.

If you all perasan, kuning nya color nasi briyani ni..haha... terlanjur pewarna rasanya ni... Lagipun brand rempah briyani hari tu, Jemari tak ingat namanya... so ni main beli jela apa yang ada... tapi jangan risau... still sedap :) ceh... puji masakan sendiri...haha

Bahan2:
Ditumbuk lumat*
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia

Utk menumis*
2 sudu minyak sapi (Jemari guna butter jeh)
2 sudu besar minyak masak
1 1/2 sudu besar rempah briyani
bhn2 yang ditumbuk di atas

Utk nasi*
4 cawan beras basmathi
air ikut sukatan beras yang digunakan
1 senduk susu cair (Jemari ganti ngan santan)
sedikit garam utk perasa

Cara2:

1.
Basuh 4 cawan beras sebanyak 3 kali, untuk bilasan yg ke-3 jgn buang air. Biarkan beras terendam sementara nak sediakan bahan2 untuk nasi.

2. Panaskan kuali. Masukkan minyak sapi dan minyak masak, tumiskan bahan-bahan yang di mesin atau ditumbuk tadi sehingga agak kekuningan. Kemudian masukkan rempah briyani, dan tumis lagi sehingga naik bau. Tutup api setelah bahan menumis naik bau wangi.

3.Sementara menumis, dengan cermat buangkan air bilasan terakhir untuk beras tadi. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi yg berisi beras yg telah dibasuh dan direndam tadi. Masukkan susu pekat manis/ susu cair ke dalam periuk yang sama. Letakkan air ikut sukatan masak nasi biasa dan garam secukup rasa. Masak nasi seperti nasi putih biasa. Sekali-sekala, kacau nasi untuk mengelakkan melekat atau hangit di bahagian bawah dan untuk bagi nasi masak secara serata.

Telur Masak Kurma



Telur Kurma... Ini antara teman sampingan utk nasi briyani Jemari. Jemari masak hanya utk 2 biji telur. yang makan 4 orang, bukan kedekut tapi dah terbiasa masak utk berdua...hahaha... Tapi best gak, bila makan, semua licin. Tak membazir... Setuju?

Bahan2:
2 biji telur kurma
1 labu bawang besar*

2 ulas bawang putih* (*kisar)
1/2 peket serbuk kurma adabi (campur air)
hirisan cili merah dan  bawang besar utk hiasan
rempah tumis

Cara2:
1. Rebus telur hingga masak. Kupas kulit dan kemudian gorengkan telur tadi sehingga sedikit keemasan.

2. Tumis rempah tumis diikuti dengan bahan kisar dan serbuk kurma adabi. Biar hingga agak garing. Jika terlalu kering boleh tambahkan sedikit air dan biar menjadi pekat seperti yang anda ingin kan.

3. Masukkan garam dan juga hirisan cili merah dan bawang besar tadi. Belah telur kepada 2, dan kuahkan kuah kurma tadi diatas telur tersebut.

Popia Goreng

                     

Popia goreng... selama ni Jemari ingat susah nak buat Popia goreng ni... senang rupanya... Nak kata sedap sangat tu
Publish Post
takde lah tapi memang puas hati. Ini Jemari share kan resepinya k (kira ok lah utk mereka yang bertatih masak macam Jemari ni).

Bahan2:
Kulit Popia Kecil
Sebiji sengkuang*
Sedikit carrot* (*disagat)
Sedikit tauge
Sedikit cabbage (hiris nipis)
Bawang goreng 
Kacang Tumbuk

Cara2:
1. Celur cabbage, sengkuang, carrot dan tauge yang telah disagat tadi sekejap. Kemudian toskan.

2.Gaul rata bahan2 celur tadi, kemudian boleh di letak di atas kulit popia dan gulungkan.

3. Setelah selesai, goreng hingga popia menjadi agak keemasan.  

4. Kuahkan sos di atas popia dan taburkan bawang goreng dan kacang tumbuk di atasnya.

*Utk sosnya, Jemari hanya guna sesudu cili giling, campurkan 2 sudu sambal pitis / rojak dan last sekali Jemari masukkan sos thai. 

Pucuk Manis Tumis


Kalau nak tahu, inilah sayur kegemaran anak buah Jemari - adik Syazwan. Dia panggil sayur ni sayur manis. Kalau tanya nak makan sayur apa. ada 2 je jawapan dari dia. Samada kacang panjang kicap or sayur pucuk manis ni. Kat kampung Jemari, sayur ni kita panggil cangkuk manis instead of pucuk manis. Yang pasti manis nya tak tinggal kan...hehe... Ni antara sayur yang Jemari minat gak (walhal Jemari ni tolak kayu ngan batu je...yang lain semua jalan)...hehehe....

Bahan2:
seikat pucuk manis
1 labu bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 biji cili merah*
sedikit ikan bilis* (*ditumbuk)
1 biji telur
1/4 air
1 sudu sos tiram

Cara2:
1. Lurut pucuk manis dari tangkainya dan bersihkan sambil carik-carikkan.
2. Tumis bahan2 yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau. pecah telur dan gaul.
3. Masukkan pucuk manis, air dan biar merenih. Selepas itu bolehlah masukkan sos tiram dan sedikit perisa.

Masak Rebus Umbut Nenas & Jagung Muda



Ini antara makanan orang Sarawak. Sayur rebus, masakan paling simple tapi sangat2 membangkit selera. Lagilah if makan ramai2, makan lak ngan ikan masin. Best!!!Kalau kat KL ni, ada 2 3 kali je makan sayur-sayur rebus ni. Selain dari tu, masak lemak la, asam pedas la... Tak sihat!!! Lain negeri lain la air tangannya ya.

Bahan2:
2 genggam umbut nenas(cincang halus)
1/2 biji cili merah*
sedikit ikan bilis*
secubit belacan*
1 ulas bawang putih*
2 biji cili api* (*tumbuk lumat)
3 btg jagung muda dipotong serong
1 cawan air

Cara2:
1.Masukkan air dan bahan tumbuk tadi dalam periuk.
2.Setelah agak panas, masukkan umbut nenas, biar hingga merenih. 
3.Setelah agak lembut masukkan jagung muda dan sedikit garam, lada sulah dan ajinomoto. Siap.

Asam Pedas Ikan Parang & Terung Asam

 

Haha... yang ni lagi kelakar. Left over baru ingat nak snap photo. Boleh la kan, resepinya lebih kurang ngan asam pedas biasa cuma bezanya ada terung asam sarawak, bunga kantan dan kobis jeruk cina dimasukkan sekali. Yang ni, bukan Jemari yang masak tapi Bonda Dayang Morjenah Awang Wahab yang masak. Nyaman mak, berlalak nak makan agik!

Sayur Keladi Sarawak

 


Ini pula sayur keladi ala Sarawak. Kalu makan memang terangkat beb! Tapi yang ni Jemari angkat tangan la nak masak... tak khatam lagi. khatam makan jeh...hihi... xpe, sok dah belajar dari ibunda Jemari, Jemari post kan resepinya kat sini k. Cheers!

Mee Goreng Mamak





Yarabbi!!! Sedapnya mee mamak yang Jemari goreng ni. Sumpah tak tipu! Hehe... mee ni Jemari goreng dah lama dah, cuma tak perasan belum di post lagi. Rasanya semua orang leh wat mee ni. Makan wat minum petang. Layang gak. Mr. Ed yang tak berapa gemar makan mee pun leh makan 2 pinggan...

Bahan2:
1/2 kilo mee kuning
200 gm daging ayam (potong dadu)
sekeping tauhu (digoreng)
200 gm udang (kupas kulit)
1/2 biji tomato(potong dadu)
2 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
2 sudu bawang merah kisar
3 sudu makan cili giling
2 biji telur

Cara:
1.Masukkan bawang putih hingga naik bau kemudian tumis bawang merah dan cili hingga sedikit garing. Masukkan udang dan ayam dan gaul rata hingga agak masak.
2. Masukkan telur, gaul lagi kemudian boleh masukkan tomato. Setelah sebati,  masuk mee dan goreng bersama kicap manis secukup rasa.
3. Last masukkan sedikit tauhu dan air, gaul lagi. Kalau nak boleh masukkan 2 sudu cili sos utk memekatkan mee. (Utk yang ni Jemari masukkan sedikit perencah 'Sedap'). Sllrrrpppp!

Pau Ayam



Owh... ini pun satu lagi makanan yang tercipta secara tak sengaja... Masa tu Jemari nengok rancangan Ho Chiak kat channel 703. Wah... kecur liur lak nengok pau cina. Tapi nak makan, eherm..takleh lak. So Jemari terus gi dapur cuba2 dengan bahan2 yang ada. Wah!!! Menjadi kau, tapi yang ni masuk ikut suka juga. Takde sukatan (masa wat ni, Jemari tak beli lagi penimbang...). 2nd time wat tak menjadi. Keras cam  batu! Kihkihkih... Takpe... next time... kenalah ikut resepi yang sahih...




Rupa pau yang telah dikopek2... isi yang sangat banyak ayam dan moist!

Saturday, August 21, 2010

Chicken Pie

 

Sesungguhnya chicken pie ni dibuat secara spontan... jadi Jemari nak share resepi pun, takut memalukan diri sendiri...hehehe... masak ikut agak2. Cheese tu lak, guna Philadelphia cheese...kihkihkih, guna mana yang ada kat rumah tu yang tak melted tu... Walaupun rupanya agak pelik, tapi rasanya agak memberansangkan utk orang seperti Jemari yang first time wat chicken pie. Takpe, nanti leh cari resepi betul and cuba wat ikut resepi.

Thursday, May 13, 2010

Kacang Buncis Tumis Belacan






My kacang buncis... Sebenarnya mak jemari yang sediakan bahan2 ni...jemari cuma tolong tumiskan dan makan saja...

Bahan2:

seikat kacang buncis (dipotong sedang pendek)
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
sedikit ikan bilis*
sedikit belacan&
segenggam udang kecil
1 biji cili merah*(ditumbuk lumat)

Cara2:

1. Tumis bahan yang ditumbuk, setelah naik bau masukkan udang dan last sekali masukkan kacang buncis... If nak sedap, tambah sos tiram. Siap!

Ikan Bawal Kukus



Masakan ni paling best sekali... especially bila dapat ikan super fresh.... Makan ni ngan nasi 0 pun layan...

Bahan2:

seekor ikan bawal besar
1 inci hali*
5 biji cili api*
1 ulas bawang putih*
1 biji bawang merah*(dimayang)
1 biji tomato dihiris bulat2
jus asam jawa, garam dan perisa

Cara2:
1. bersihkan ikan. lumur dengan jus asam jawa, garam dan sedikit aji (jika suka).

2.Taburkan bahan2 yang telah di mayang dan stim kan hingga masak.

Ayam Cola



Ayam cola... lazat gilers. Rasa dia cam ayam barbeque jeh. If nak masak ni kena biar dia pekat sendiri.... If tak rupanya pucat lesi. Tak semengancam ayam Jemari kat atas...hehehe

2 ulas bawang putih
8 biji cili api
1 urat serai.
5 kepak ayam
1 tin coca-cola
2 sudu sos tiram
2 sudu besar kicap manis

tumis bawang putih, cili api dan serai yang telah ditumbuk kasar dengan 1 sudu makan minyak masak. Setelah naik bau boleh masukkan ayam dan air coca-cola. Biarkan mereneh selama 20 minit kemudian boleh masukkan kicap dan sos tiram dan biar hingga pekat. :)

Nestum Prawn



Ini butter prawn. Bukan Jemari yang masak tapi bonda Jemari.... lupa lak nak tanya dia macamana dia masak. Tapi yang penting memang tak ingat dunia dah masa makan ni.... Especially pada serdak butter yang garing, manis dan umph ni!

Asam Pedas Daging



Asam pedas ni sangat best. Memang layan masa makan. Makan ngan telur dadar pun dah cukup. Tapi pada Jemari macam agak leceh sikit nak menyediakannya... Jom tengok, u olz rasa leceh ke tak leceh masak asam pedas ni:

500gm daging (basuh dan potong dadu/nipis)
3 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah*
1 biji cili merah*
1/2 sudu kecil belacan*
1 biji buah keras*
1 cm halia muda*
5 biji cili api* (*dikisar bersama)
2 sudu makan cili giling
1 batang serai
serbuk kunyit dan garam secukup rasa
asam jawa **
3 cawan air** (**dibancuh bersama)
1 1/2 cawan air
1 kuntum bunga kantan
1 biji terung panjang
5 biji kacang bendi muda

1. Mula2 tumis cili giling dan serai yang telah ditumbuk hingga pecah minyak dan kemudian masukkan bahan2 kisar tadi. tumis hingga naik bau dan agak garing.

2. Masukkan serbuk kunyit, kacau dan masukkan daging. Gaul lagi dan boleh masukkan 1 1/2 cawan air hingga mendidih dan sedikit pekat. Kemudian boleh masukkan air asam jawa dan bunga kantan yang telah dipotong panjang. biar lagi hingga empuk dan kuah menjadi sedikit pekat.

3. Akhir sekali bolehlah masukkan perisa juga terung dan bendi yang telah dihiris serong. Selamat mencuba. :)

Pucuk Manis Tumis Umbut Nenas


bahan2:
1 ikat sayur pucuk manis
1 mangkuk umbut nenas yang dah dihiris / cincang halus
1 biji cili merah*
segenggam ikan bilis*
2 ulas bawang putih*
1 labu bawang merah*
sedikit belacan* (*ditumbuk lumat)

cara2:
1. tumis bahan2 yang telah ditumbuk.

2. setelah naik bau, masukkan umbut nenas. gaul rata.

3. Akhir sekali masuklah pucuk manis & perasa. If tak nak kering, masukkan sedikit air. Biar mendidih sikit then bolehlah diangkat.

Sotong Masak Kicap



Ini antara makanan kegemaran Jemari. Kalau kat Kuching, senang giler nak beli sotong kembang ni. Dah la murah, segar lak tu! Lauk ni Jemari masak masa balik kampung ari tu. Sedap beb! Makan lak ngan pucuk manis tumis umbut nenas... Uishhh!!!

Bahan2:
Sotong kembang
4 biji cili api *
3 tangkai cili kering*(dihiris panjang)
1/2 labu bawang besar(hiris)
bawang putih(ditumbuk)
Sos tiram
Kicap lemak manis

Cara2:
1. Tumis bawang putih, cili api, cili kering dan bawang besar. Setelah naik bau, masukkan sotong yang telah dipotong panjang. Gaul sekejap.

2. Masukkan kicap lemak manis dan setelah agak mendidih boleh masukkan sos tiram. Siap!

Ayam Goreng Kunyit



Hahaha... haruskah Jemari masukkan resepinya? Takyah lah kan... saja nak share... jemari paling suka ayam goreng kunyit yang sangat simple rasanya. makan ngan sayur kangkung belacan and nasi panas.... uishhhh!!!!

Terung Asam Rebus Dengan Lumik Salai


This is one of the typical sarawak delicacies... asam terung & ikan lumek salai... Rasanya asam terung ni boleh dapat kat sarawak je... ikan lumek ni pun sama... tanpa membuang masa

3 ekor ikan lumek salai
1 biji terung asam (dikupas dan dihiris nipis)
1 biji cili merah *
3 biji cili padi*
1 ulas bawang putih*
sedikit ikan bilis*
sedikit belacan* (ditumbuk)
1 1/2 cawan air
1 Asam keping

1. masukkan air dalam periuk dan masukkan bahan2 yang telah ditumbuk tadi. Masukkan terung asam, ikan lumek dan asam keping.

2. Biar hingga mendidih dan boleh masukkan perisa.
Siap! :P

Pucuk Paku



Hai hai hai... gambar ni dah lama upload.... rasanya 2 bulan sudah. Nak resepi? Hahaha....tak perlu kot rasanya utk sayur ni... Pucuk paku. Gambar ni Jemari ambil masa bercuti sebulan di Sarawak (my hometown). Pucuk paku ni beli masa cuti seminggu kat Kuching. Kat rumah mak Jemari di MJC. Geram jeh tengok pucuk paku dia yang segar bugar dan gemok-gemok tuh. Kat KL ni kering kontang sampai hitam pucuk paku dia. Enjoy the picture!

Thursday, April 8, 2010

Sup Ayam



Bahan2:
250 gm ayam
1 biji kentang US (senang empuk)
2 keping sawi jeruk
2 ulas bawang putih(diketuk)
1 biji bawang merah(dimayang)
1 sudu makan serbuk sup
1 1/2 cawan air
1 sudu teh minyak sayur

Cara2:
1. Tumis bawang putih, merah dengan minyak hingga garing. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Tumis sekejap kemudian masukkan air. Setelah mendidih boleh masukkan sawi jeruk yang dipotong memanjang.

2. Tunggu hingga ayam masak dan kentang empuk. Masukkan serbuk sup (biasanya Jemari guna brand Adabi). Dah masak boleh la masukkan sedikit perisa.

Daging Goreng Kunyit


Owh... ini best gak ni. Makan ngan nasi panas and gulai pucuk ubi tumbuk. Resepi ni lak, adik ipar yang turunkan. Thanks sis!~
Bahan2:
200 gm daging yang telah dipotong nipis*
1 sudu teh serbuk kunyit*
sedikit garam* (gaul rata dan perapkan selama 20 minit)
5 biji cili api
1/2 biji bawang besar dipotong panjang.

Cara2:
1. Goreng daging hingga garing dan kering jusnya. Kemudian boleh masukkan cili dan bawang. Kalau nak lebih meriah zat dan colournya boleh masukkan carrot dan kacang panjang.

Butter Prawn


Bahan2:
15 ekor udang (bersihkan dan gaul dengan kunyit)
1 biji telur gred A
2 tangkai daun kari
2 sudu besar susu cair
1 ulas bawang putih diketuk
1/2 biji bawang besar dihiris sedang
sedikit garam
1 sudu makan butter

Cara2:
1. Panaskan minyak dan butter kemudian tumis bawang putih dan daun kari. Dah wangi, masukkan telur yang telah digaul dahulu. Kacau hingga masak dan masukkan susu cair. Setelah agak sebati masukkan udang. Goreng / kacau hingga masak.

2. Last masukkan bawang besar. Jika nak pedas, masukkan cili api. :)

Sup Tauhu


Sup kegemaran Jemari. Sgt simple dan juga ekonomi utk disediakan. Hari tue makan sama ngan F.I.L. sekali F.I.L. complaint masin ar...haha... sian ayah. Jemari ni foul time nak rasa garam dalam masakan ni. Masa makan perasan masin tapi masa nak testing masuk garam tu tak reti nak rasa... Takpe...boleh improve lagi...

Bahan2:
I kotak tauhu lembut
1 cm halia
1/2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit garam
1 cawan air
1/2 sudu kecil perisa ayam

Cara2:
1. Tumis halia, bawang merah & putih yang telah dihiris nipis. Setelah agak garing, boleh masukkan tauhu yang telah dipotong petak. Kena hati-hati masa keluarkan tauhu dari bekasnya sebab tersangat la fragile.

2. Masukkan air dan biar hingga mendidih. Boleh la diakhiri dengan garam dam perisa ayam...

Tuesday, April 6, 2010

Talapia Masak Pedas


Ini pun salah satu dari makanan kegemaran Jemari. Ikan masak pedas. Sebenarnya Jemari tak berapa gemar makan ikan Talapia ni. Lebih2 lagi yang jual kat pasaraya... terasa sangat ikan kolamnya. Masa beli ikan hari tue kat Jusco, ikan terubuk, kerapu ngan siakap dah habis... if ada pun, harap maklum lah rupanya dah time 9.30 malam ni. So Jemari pun amik je la ikan talapia ni... Asalnya nak buat stim, tapi sebab tak berapa gemar ngan ikan ni, Jemari wat la masak pedas. Memang best!!!

Bahan2:
Ikan Talapia Merah
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar bawang besar*
1/2 sudu besar bawang putih*
1 sudu besar bawang merah*
1 sudu teh halia muda* (*dikisar)
1 sudu besar cili sos
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 sudu makan tepung gandum

Cara2:
1. Bersihkan ikan dengan jus asam jawa. Kemudian bilas bersih. Lumurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan akhir sekali tepung gandum. Goreng hingga garing.

2.Tumis cili, bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia hingga sedikit garing. Masukkan sedikit gula, garam dan air, gaul rata.

3. Masukkan sos cili dan gaul hingga sedikit pekat. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat sebagai hiasan.