Popia goreng... selama ni Jemari ingat susah nak buat Popia goreng ni... senang rupanya... Nak kata sedap sangat tu takde lah tapi memang puas hati. Ini Jemari share kan resepinya k (kira ok lah utk mereka yang bertatih masak macam Jemari ni).
Publish Post
Bahan2:
Kulit Popia Kecil
Sebiji sengkuang*
Sedikit carrot* (*disagat)
Sedikit tauge
Sedikit cabbage (hiris nipis)
Bawang goreng
Kacang Tumbuk
Cara2:
1. Celur cabbage, sengkuang, carrot dan tauge yang telah disagat tadi sekejap. Kemudian toskan.
2.Gaul rata bahan2 celur tadi, kemudian boleh di letak di atas kulit popia dan gulungkan.
3. Setelah selesai, goreng hingga popia menjadi agak keemasan.
4. Kuahkan sos di atas popia dan taburkan bawang goreng dan kacang tumbuk di atasnya.
*Utk sosnya, Jemari hanya guna sesudu cili giling, campurkan 2 sudu sambal pitis / rojak dan last sekali Jemari masukkan sos thai.
No comments:
Post a Comment