Kalau nak tahu, inilah sayur kegemaran anak buah Jemari - adik Syazwan. Dia panggil sayur ni sayur manis. Kalau tanya nak makan sayur apa. ada 2 je jawapan dari dia. Samada kacang panjang kicap or sayur pucuk manis ni. Kat kampung Jemari, sayur ni kita panggil cangkuk manis instead of pucuk manis. Yang pasti manis nya tak tinggal kan...hehe... Ni antara sayur yang Jemari minat gak (walhal Jemari ni tolak kayu ngan batu je...yang lain semua jalan)...hehehe....
Bahan2:
seikat pucuk manis
1 labu bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 biji cili merah*
sedikit ikan bilis* (*ditumbuk)
1 biji telur
1/4 air
1 sudu sos tiram
Cara2:
1. Lurut pucuk manis dari tangkainya dan bersihkan sambil carik-carikkan.
2. Tumis bahan2 yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau. pecah telur dan gaul.
3. Masukkan pucuk manis, air dan biar merenih. Selepas itu bolehlah masukkan sos tiram dan sedikit perisa.
No comments:
Post a Comment