Nasi Tomato..yuhuuuu... cayalah! Resepi ni agak ringkas tapi rasanya sangatlah marvelous... Jemari masak nasi tomato ni masa abang ipar datang rumah... alang2 dah ramai ni, makan best sikit memang best! hehe...
Bahan2:
2 Cupak Beras Basmathi (anggaran dalam 3 cawan)
1 Tin Tomato Puree
2 Biji Tomato ( Dipotong Dadu)
2 Sudu Minyak Sayur
1 sudu mentega (nak lebih 'kaw' leh guna minyak sapi)
1/2 tin susu cair
Air (mengikut kesesuaian beras... yang ni Jemari guna jari untuk estimate).
1 kiub perisa ayam
Rempah 3 sekawan
kismis
bawang goreng
1 sudu bawang putih (kisar)
1 sudu halia (kisar)
1 sudu bawang merah (kisar)
Cara2:
1. Panaskan minyak masak dan mentega. Setelah cair, masukkan rempah 3 sekawan, goreng sekejap then masukkan bawang putih, halia dan bawang merah. Tumis hingga naik bau dan sedikit kekuningan.
2. Masukkan tomato puree... biar seketika then baru masukkan beras yang telah dibersihkan, diikuti dengan susu cair dan sukatan air secukupnya.
3. Masukkan perisa ayam (if tak nak boleh juga, cuma Jemari agak obses dengan kiub ayam ni :)) If nak wangi boleh masukkan daun pandan... Masukkan garam secukup rasa dan gaul sebati. Taburkan tomato & kismis dan biarkan hingga masak.
4. Dah masak boleh tabur lagi sedikit kismis dan bawang goreng utk hiasan. Mudah kan! Selamat mencuba ya...
No comments:
Post a Comment