Ini lauk peneman Nasi Tomato Jemari tadi... Banjir ngan minyak kau! Terpaksalah Jemari keluarkan minyak tu dengan sudu sebelum dihidang. Biasanya Jemari gemar beli ayam kat Max Value Jalan Ayer Panas... Beli bahagian dada dalam 2 - 3 ketul and potong 4 setiap dada. Mr. Ed,kalau ayam ni, bahagian dada je yang dia gemar...
Bahan:
3 ketul dada ayam ( potong 4 setiap satu)
segenggam gili kering (dikisar)
1 labu bawang besar (dikisar)
1 sudu besar minyak masak
1 tin kecil tomato puree
2 biji tomato (potong dadu)
1 sudu gula (Jemari guna gula kiub = 1 kiub)
2 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
rempah 3 sekawan
Cara2:
1. Bersihkan ayam, gaul dengan secubit kunyit dan garam. Gorengkan tapi jangan hingga terlalu garing. Kalau goreng hingga garing, ayam akan jadi liat. setelah masak, asingkan ayam.
2. Masukkan minyak, tumis rempah 3 sekawan then masukkan cili dan bawang yang telah dikisar. Setelah sambal garing, masukkan kedua-dua tomato puree dan tomato dipotong dadu. Gaul sebati dan biarkan dalam 5-10 minit dengan api sederhana besar.
3.Masukkan ayam dan gaul rata sehingga sambal dan ayam bergaul sebati. Masukkan sos cili dan tomato untuk memekatkan kuah dan akhir sekali boleh masukkan perasa (gula dan garam).
4. Biar seketika. Jika nak cantik, bolehlah taburkan bawang besar yang dihiris bulat...
No comments:
Post a Comment