Sunday, August 22, 2010

Selera Ramadhan III

Tepung Pelita

Murtabak Ayam

Puding Buah Peach & Laici

Epal & Plum

Kurma

Selera Ramadhan II

Sambal Tumis Petai


Rendang Kerang

Ikan Bilis Berlada
Kerabu Pegaga
Masak Lemak Daging Salai

Selera Ramadhan I

 Pejam celik pejam celik, dah 2 minggu kita berpuasa... Selama ni juga la Jemari tak bermasak. Masak nasi ngan goreng telur jeh. If tak pun panaskan lauk beli di bazar Ramadhan. Al-maklum lah, bulan puasa bukan makan banyak, makan sekali je. Sahur pun Jemari panaskan mana lauk lebih berbuka tadi... Tak baik membazirkan...

Inilah lauk pauk kitaorang.....

Rojak Mamak


Bee Hoon Goreng

Siput Masak Lemak Cili Api
Ayam Percik
Nasi Lemak

Ketam Goreng Telur Masin


Ketam  yummy... Kadang2 Jemari tersenyum sorang time update Blog ni. Ada ke orang yang baca blog Jemari ni? Hahaha....

Resepi ni Jemari dapat dari satu blog tapi sumpah, tak ingat blog yang mana satu!!! Jemari baca resepi ni if tak silap dalam bulan lepas. Tak lama lepas tu Ibunda Jemari turun KL dengan makcik meletops Jemari. Tetiba lak nak tunjuk skill masak ketam ngan resepi baru. Jemari tak berapa ingat berapa ukuran bahan2 resepi tersebut tapi Jemari boleh ingat lagi bahan2 dan cara memasaknya. So kat bawah ni estimation Jemari, if kurang ummphhh sorry lah ye. Tapi kawan2, mak, makcik dan sedara yang makan semua kata best! Adik siap mintak resepi nak tunjuk skill memasak depan mak mertua dia. Licin pinggan katanya! Hehe...

Bahan2:
3 ekor ketam bunga besar (belah 4)
3 biji telur masin (rebus 5 minit kemudian ambil kuningnya dan lecekkan)
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
sedikit kunyit, garam dan tepung beras (utk mengoreng ketam)
sedikit santan pekat / susu cair
2 sudu makan butter

Cara:
1. Lumur serbuk kunyit, garam dan tepung beras dengan ketam. Kemudian gorengkan hingga bertukar warna merah. Angkat dan asingkan.

2. Dalam kuali yang bersih, masukkan mentega. Biar hingga cair kemudian boleh masukkan bawang putih, daun kari dan cili api yang telah dihiris serong hingga naik bau.

3. Masukkan kuning telur masin yang telah di lecekkan (kat sini, Jemari masukkan sedikit putih nya - sayang membazir!) Kemudian masukkan santan / susu dan biar hingga keluar buih...

4. Last masukkan ketam. If tak cukup masin atau pedas boleh lah tambahkan garam dan cili api. Slurrppp!!!

Nasi Briyani



Jemari dah pernah try nasi briyani ni sebelum ni. Memang simple dan sedap dimakan. Masih guna resepi yatea dari myresepi.

If you all perasan, kuning nya color nasi briyani ni..haha... terlanjur pewarna rasanya ni... Lagipun brand rempah briyani hari tu, Jemari tak ingat namanya... so ni main beli jela apa yang ada... tapi jangan risau... still sedap :) ceh... puji masakan sendiri...haha

Bahan2:
Ditumbuk lumat*
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia

Utk menumis*
2 sudu minyak sapi (Jemari guna butter jeh)
2 sudu besar minyak masak
1 1/2 sudu besar rempah briyani
bhn2 yang ditumbuk di atas

Utk nasi*
4 cawan beras basmathi
air ikut sukatan beras yang digunakan
1 senduk susu cair (Jemari ganti ngan santan)
sedikit garam utk perasa

Cara2:

1.
Basuh 4 cawan beras sebanyak 3 kali, untuk bilasan yg ke-3 jgn buang air. Biarkan beras terendam sementara nak sediakan bahan2 untuk nasi.

2. Panaskan kuali. Masukkan minyak sapi dan minyak masak, tumiskan bahan-bahan yang di mesin atau ditumbuk tadi sehingga agak kekuningan. Kemudian masukkan rempah briyani, dan tumis lagi sehingga naik bau. Tutup api setelah bahan menumis naik bau wangi.

3.Sementara menumis, dengan cermat buangkan air bilasan terakhir untuk beras tadi. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi yg berisi beras yg telah dibasuh dan direndam tadi. Masukkan susu pekat manis/ susu cair ke dalam periuk yang sama. Letakkan air ikut sukatan masak nasi biasa dan garam secukup rasa. Masak nasi seperti nasi putih biasa. Sekali-sekala, kacau nasi untuk mengelakkan melekat atau hangit di bahagian bawah dan untuk bagi nasi masak secara serata.

Telur Masak Kurma



Telur Kurma... Ini antara teman sampingan utk nasi briyani Jemari. Jemari masak hanya utk 2 biji telur. yang makan 4 orang, bukan kedekut tapi dah terbiasa masak utk berdua...hahaha... Tapi best gak, bila makan, semua licin. Tak membazir... Setuju?

Bahan2:
2 biji telur kurma
1 labu bawang besar*

2 ulas bawang putih* (*kisar)
1/2 peket serbuk kurma adabi (campur air)
hirisan cili merah dan  bawang besar utk hiasan
rempah tumis

Cara2:
1. Rebus telur hingga masak. Kupas kulit dan kemudian gorengkan telur tadi sehingga sedikit keemasan.

2. Tumis rempah tumis diikuti dengan bahan kisar dan serbuk kurma adabi. Biar hingga agak garing. Jika terlalu kering boleh tambahkan sedikit air dan biar menjadi pekat seperti yang anda ingin kan.

3. Masukkan garam dan juga hirisan cili merah dan bawang besar tadi. Belah telur kepada 2, dan kuahkan kuah kurma tadi diatas telur tersebut.

Popia Goreng

                     

Popia goreng... selama ni Jemari ingat susah nak buat Popia goreng ni... senang rupanya... Nak kata sedap sangat tu
Publish Post
takde lah tapi memang puas hati. Ini Jemari share kan resepinya k (kira ok lah utk mereka yang bertatih masak macam Jemari ni).

Bahan2:
Kulit Popia Kecil
Sebiji sengkuang*
Sedikit carrot* (*disagat)
Sedikit tauge
Sedikit cabbage (hiris nipis)
Bawang goreng 
Kacang Tumbuk

Cara2:
1. Celur cabbage, sengkuang, carrot dan tauge yang telah disagat tadi sekejap. Kemudian toskan.

2.Gaul rata bahan2 celur tadi, kemudian boleh di letak di atas kulit popia dan gulungkan.

3. Setelah selesai, goreng hingga popia menjadi agak keemasan.  

4. Kuahkan sos di atas popia dan taburkan bawang goreng dan kacang tumbuk di atasnya.

*Utk sosnya, Jemari hanya guna sesudu cili giling, campurkan 2 sudu sambal pitis / rojak dan last sekali Jemari masukkan sos thai. 

Pucuk Manis Tumis


Kalau nak tahu, inilah sayur kegemaran anak buah Jemari - adik Syazwan. Dia panggil sayur ni sayur manis. Kalau tanya nak makan sayur apa. ada 2 je jawapan dari dia. Samada kacang panjang kicap or sayur pucuk manis ni. Kat kampung Jemari, sayur ni kita panggil cangkuk manis instead of pucuk manis. Yang pasti manis nya tak tinggal kan...hehe... Ni antara sayur yang Jemari minat gak (walhal Jemari ni tolak kayu ngan batu je...yang lain semua jalan)...hehehe....

Bahan2:
seikat pucuk manis
1 labu bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 biji cili merah*
sedikit ikan bilis* (*ditumbuk)
1 biji telur
1/4 air
1 sudu sos tiram

Cara2:
1. Lurut pucuk manis dari tangkainya dan bersihkan sambil carik-carikkan.
2. Tumis bahan2 yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau. pecah telur dan gaul.
3. Masukkan pucuk manis, air dan biar merenih. Selepas itu bolehlah masukkan sos tiram dan sedikit perisa.

Masak Rebus Umbut Nenas & Jagung Muda



Ini antara makanan orang Sarawak. Sayur rebus, masakan paling simple tapi sangat2 membangkit selera. Lagilah if makan ramai2, makan lak ngan ikan masin. Best!!!Kalau kat KL ni, ada 2 3 kali je makan sayur-sayur rebus ni. Selain dari tu, masak lemak la, asam pedas la... Tak sihat!!! Lain negeri lain la air tangannya ya.

Bahan2:
2 genggam umbut nenas(cincang halus)
1/2 biji cili merah*
sedikit ikan bilis*
secubit belacan*
1 ulas bawang putih*
2 biji cili api* (*tumbuk lumat)
3 btg jagung muda dipotong serong
1 cawan air

Cara2:
1.Masukkan air dan bahan tumbuk tadi dalam periuk.
2.Setelah agak panas, masukkan umbut nenas, biar hingga merenih. 
3.Setelah agak lembut masukkan jagung muda dan sedikit garam, lada sulah dan ajinomoto. Siap.

Asam Pedas Ikan Parang & Terung Asam

 

Haha... yang ni lagi kelakar. Left over baru ingat nak snap photo. Boleh la kan, resepinya lebih kurang ngan asam pedas biasa cuma bezanya ada terung asam sarawak, bunga kantan dan kobis jeruk cina dimasukkan sekali. Yang ni, bukan Jemari yang masak tapi Bonda Dayang Morjenah Awang Wahab yang masak. Nyaman mak, berlalak nak makan agik!

Sayur Keladi Sarawak

 


Ini pula sayur keladi ala Sarawak. Kalu makan memang terangkat beb! Tapi yang ni Jemari angkat tangan la nak masak... tak khatam lagi. khatam makan jeh...hihi... xpe, sok dah belajar dari ibunda Jemari, Jemari post kan resepinya kat sini k. Cheers!

Mee Goreng Mamak





Yarabbi!!! Sedapnya mee mamak yang Jemari goreng ni. Sumpah tak tipu! Hehe... mee ni Jemari goreng dah lama dah, cuma tak perasan belum di post lagi. Rasanya semua orang leh wat mee ni. Makan wat minum petang. Layang gak. Mr. Ed yang tak berapa gemar makan mee pun leh makan 2 pinggan...

Bahan2:
1/2 kilo mee kuning
200 gm daging ayam (potong dadu)
sekeping tauhu (digoreng)
200 gm udang (kupas kulit)
1/2 biji tomato(potong dadu)
2 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
2 sudu bawang merah kisar
3 sudu makan cili giling
2 biji telur

Cara:
1.Masukkan bawang putih hingga naik bau kemudian tumis bawang merah dan cili hingga sedikit garing. Masukkan udang dan ayam dan gaul rata hingga agak masak.
2. Masukkan telur, gaul lagi kemudian boleh masukkan tomato. Setelah sebati,  masuk mee dan goreng bersama kicap manis secukup rasa.
3. Last masukkan sedikit tauhu dan air, gaul lagi. Kalau nak boleh masukkan 2 sudu cili sos utk memekatkan mee. (Utk yang ni Jemari masukkan sedikit perencah 'Sedap'). Sllrrrpppp!

Pau Ayam



Owh... ini pun satu lagi makanan yang tercipta secara tak sengaja... Masa tu Jemari nengok rancangan Ho Chiak kat channel 703. Wah... kecur liur lak nengok pau cina. Tapi nak makan, eherm..takleh lak. So Jemari terus gi dapur cuba2 dengan bahan2 yang ada. Wah!!! Menjadi kau, tapi yang ni masuk ikut suka juga. Takde sukatan (masa wat ni, Jemari tak beli lagi penimbang...). 2nd time wat tak menjadi. Keras cam  batu! Kihkihkih... Takpe... next time... kenalah ikut resepi yang sahih...




Rupa pau yang telah dikopek2... isi yang sangat banyak ayam dan moist!

Saturday, August 21, 2010

Chicken Pie

 

Sesungguhnya chicken pie ni dibuat secara spontan... jadi Jemari nak share resepi pun, takut memalukan diri sendiri...hehehe... masak ikut agak2. Cheese tu lak, guna Philadelphia cheese...kihkihkih, guna mana yang ada kat rumah tu yang tak melted tu... Walaupun rupanya agak pelik, tapi rasanya agak memberansangkan utk orang seperti Jemari yang first time wat chicken pie. Takpe, nanti leh cari resepi betul and cuba wat ikut resepi.