Tuesday, February 23, 2010

Daging Black Pepper Nenas


Ini masakan favourite Mr. Ed... Selama 6 tahun kenal Mr. Ed rasanya dah 5 kali Jemari masakkan Daging Black Pepper Nenas ni utk dia. Recipenya pun amat ringkas... Tak percaya???

Bahan2:
200gm daging dihiris nipis melawan urat
1/2 biji capsicum**
1/2 biji bawang besar**
1 potong nenas**(**dipotong dadu)
1 inci halia*
3 ulas bawang putih* (*tumbuk lumat)
3 sudu sos lada hitam
2 sudu sos tiram
2 sudu besar kicap manis

Cara2:
1. Perap daging yang telah dibersihkan dengan 1 sudu sos lada hitam, 1 sudu sos tiram dan 1 sudu kicap manis selama 30 minit.

2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan agak kekuningan kemudian masukkan daging yang diperap. Setelah agak masak (guna api besar dan masak daging dalam 3-4 minit sahaja utuk mengekalkan kesegaran dan kelembutan daging). Masukkan lebihan sos lada hitam, sos tiram dan kicap manis. Kemudian bolehlah dimasukkan capsicum, nenas dan hirisan bawang besar dan gaul rata.

2 comments: