Tuesday, February 23, 2010
Nasi Briyani
Nasi Briyani ni Jemari dah lama buat... Nasib baik ada simpan lagi gambarnya... Bapa mentua pun puji sedap!!! Hehe... Biasalah, orang yang tak reti memasak ni, sekali kena puji masakan dia memanglah kembang...hehehe.
Gambar ni simpan berbulan jugak dalam camera. Sayang nak padam takut sejarah tak berulang kembali... Selalunya, if first time masak sedap amatlah jarang yang kemudian akan menyusul kesedapannya... ;(. BTW, resepi ni Jemari amik dari yatea@myresepi.com. Thanks yatea... Jom check resepi sempoi cik yatea kita yang berjaya mengasah bakat Jemari yang runcing ni.. ;P
Bahan2:
Ditumbuk lumat*
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
Utk menumis*
2 sudu minyak sapi (Jemari guna butter jeh)
2 sudu besar minyak masak
1 1/2 sudu besar rempah briyani
bhn2 yang ditumbuk di atas
Utk nasi*
4 cawan beras basmathi
air ikut sukatan beras yang digunakan
1 senduk susu cair (Jemari ganti ngan santan)
sedikit garam utk perasa
Cara2:
1. Basuh 4 cawan beras sebanyak 3 kali, untuk bilasan yg ke-3 jgn buang air. Biarkan beras terendam sementara nak sediakan bahan2 untuk nasi.
2. Panaskan kuali. Masukkan minyak sapi dan minyak masak, tumiskan bahan-bahan yang di mesin atau ditumbuk tadi sehingga agak kekuningan. Kemudian masukkan rempah briyani, dan tumis lagi sehingga naik bau. Tutup api setelah bahan menumis naik bau wangi.
3.Sementara menumis, dengan cermat buangkan air bilasan terakhir untuk beras tadi. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi yg berisi beras yg telah dibasuh dan direndam tadi. Masukkan susu pekat manis/ susu cair ke dalam periuk yang sama. Letakkan air ikut sukatan masak nasi biasa dan garam secukup rasa. Masak nasi seperti nasi putih biasa. Sekali-sekala, kacau nasi untuk mengelakkan melekat atau hangit di bahagian bawah dan untuk bagi nasi masak secara serata.
Nasi Ayam
Resepi asal ni Jemari ambil dari Nadia@myresepi. Bukan senang nak buat Nasi Ayam ni rupanya... Padan la Bonda Jemari dulu... if siap je Nasi Ayam nya, bukan main gembira lagi tengok anak-anak jamu selera sambil puji-puji masakannya. Thanks for sharing your recipe Nadia.
Bahan2:
Direbus*
2 ketul dada ayam sederhana besar (dipotong 4)
2 ulas bawang putih
2cm halia (ditumbuk)
Perap*
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
1 sudu makan kicap masin
Nasi*
5 cawan beras
3 sudu butter
1cm halia tumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
air rebusan tadi secukupnya
sedikit garam
1 kiub pati ayam
Cara:
1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk.
2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
Daging Black Pepper Nenas
Ini masakan favourite Mr. Ed... Selama 6 tahun kenal Mr. Ed rasanya dah 5 kali Jemari masakkan Daging Black Pepper Nenas ni utk dia. Recipenya pun amat ringkas... Tak percaya???
Bahan2:
200gm daging dihiris nipis melawan urat
1/2 biji capsicum**
1/2 biji bawang besar**
1 potong nenas**(**dipotong dadu)
1 inci halia*Bahan2:
200gm daging dihiris nipis melawan urat
1/2 biji capsicum**
1/2 biji bawang besar**
1 potong nenas**(**dipotong dadu)
3 ulas bawang putih* (*tumbuk lumat)
3 sudu sos lada hitam
2 sudu sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Cara2:
1. Perap daging yang telah dibersihkan dengan 1 sudu sos lada hitam, 1 sudu sos tiram dan 1 sudu kicap manis selama 30 minit.
2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan agak kekuningan kemudian masukkan daging yang diperap. Setelah agak masak (guna api besar dan masak daging dalam 3-4 minit sahaja utuk mengekalkan kesegaran dan kelembutan daging). Masukkan lebihan sos lada hitam, sos tiram dan kicap manis. Kemudian bolehlah dimasukkan capsicum, nenas dan hirisan bawang besar dan gaul rata.
Kobis Tumis
Seriously, I don't have any idea what to cook today. Selongkar peti sejuk, ada la sebiji kobis yang tak terusik lagi... Malu juga untuk share kat sini tapi what the h*ll. Ini antara hasil air tangan Jemari Amatur... Mungkin ada sesiapa di luar sana boleh tunjuk ajar cara masak kobis dengan recipe anda pula...Kesian kat Mr. Ed, kalau bininya masak kobis...itu lah menu yang sentiasa diulang tayang....
1/2 biji kobis saiz sederhana
1 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu teh serbuk ikan bilis*(tumbuk bersama hingga lumat)
1 batang lobak merah
Sedikit daun bawang
3 sudu makan air
1 sudu makan sos tiram
bancuhan tepung jagung
Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang ditumbuk sehingga agak kekuningan.
2. Masukkan kobis sehingga sedikit layu diikuti dengan air (tapi jgn layu sangat). Kemudian masukkan lobak merah dan daun bawang yang dipotong panjang. Masukkan sos tiram dan gaul rata diikuti dengan bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah. (*selalunya Jemari akan tambah perisa Sedap keluaran Maggi.. Memang sedap!!!)
Monday, February 22, 2010
Pucuk Ubi Tumbuk Ikan Baong Salai
Selalu Jemari try buat kurang menjadi. Al-maklum la amatur lagi tapi hujung minggu lepas mak mentua tunjukkan cara nak buat pucuk ubi tumbuk ni... Lenguh gak tangan nak menumbuknya, tapi hasil kali ni tak mengecewakan... Rasa cam bukan amatur lak ari ni... Memang sedap atau secara tak sengaja tersedap pula air tangan Jemari hari ni???
Secekak / Seikat Pucuk Ubi**
2 kuntum bunga kantan**
15 biji terung pipit**(ditumbuk bersama hingga sedikit lumat)
15 biji cili api*(ditumbuk lumat)
Seekor Ikan Baong / Sembilang Salai (Direndam hingga lembut kemudian asingkan tulang dan isi ikan)
1 batang serai dititik
1 mangkuk santan cair
1 mangkuk santan pekat
Cara2:
1. Masukkan ikan baong, pucuk ubi, serai dan cili api ke dalam periuk. Masak hingga daun layu dan air sedikit kering.
2. Kemudian masukkan santan cair, bila pekat sedikit bolehlah dimasukkan pati santan hingga merinih. Mudah bukan???
Ayam Kung Pao
Jemari ada 7 hari je lagi before start kerja balik. Dalam sangap-sangap duk rumah sorang ni... otak ligat fikir nak makan apa hari ni...Nak try something different untuk my Mr. Ed. Setahun setengah dah kawen tapi jarang2 Jemari masak. If tak burger tepi jalan, sardin tin atau maggi lah yang jadi santapan Mr. Ed. Tak pun singgah la kat mana2 kedai makan on the way ke rumah... Before Mr. Ed kawen ngan Jemari, mak mentua tak pernah jamu anak-anaknya makan canned food ngan maggi... Dah kawen ni...to cut long story short...nak buat camana bini tak reti masak hehe... Takpe... Pintu hati dah terbuka nak belajar memasak ni... Jom layan masakan Jemari Amatur hari ni.
Bahan2:
Sekeping dada ayam (sederhana besar) dipotong kecil*
2 sudu besar sos tiram*
1 sudu kecil tepung jagung * (*perap 15 minit).
Bahan2 Sos:
1/4 cawan air pati ayam
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu makan sos cili
3 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah*
1 sudu teh serbuk ikan bilis*
2 inci halia* (*ditumbuk lumat)
Capcicum hijau dipotong dadu
Bawang besar dipotong dadu
Daun bawang dipotong anggaran 1.5 inci
Cili kering dipotong anggaran 1.5 inci
Sedikit gajus yang sudah siap digoreng.
Bahan2:
Sekeping dada ayam (sederhana besar) dipotong kecil*
2 sudu besar sos tiram*
1 sudu kecil tepung jagung * (*perap 15 minit).
Bahan2 Sos:
1/4 cawan air pati ayam
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu makan sos cili
3 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah*
1 sudu teh serbuk ikan bilis*
2 inci halia* (*ditumbuk lumat)
Capcicum hijau dipotong dadu
Bawang besar dipotong dadu
Daun bawang dipotong anggaran 1.5 inci
Cili kering dipotong anggaran 1.5 inci
Sedikit gajus yang sudah siap digoreng.
Cara2:
1.Goreng ayam hingga masak, tp tak perlu hingga garing dan ketepikan.2. Goreng lada kering hingga garing kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk lumat hingga wangi dan sedikit garing.
3. Masukkan isi ayam diikuti kicap manis, sos tiram, sos cili dan air pati ayam. Setelah kuah agak pekat,masukkan bawang besar, capsicum dan daun bawang. Tutup api dan masukkan gajus goreng dan kacau utk sebatikan.
Sunday, February 21, 2010
Kek Coklat
My very first attempt! Boring duk rumah ni buat Jemari rajin lak menjengah blog ntah sapa-sapa dan yang paling Jemari gemar singgah is blog Mat Gebu. Meriah tol lauk pauk dan kuih muih dalam blognya. Mat Gebu...I adore your cooking!!! Please continue blogging all these amazing recipes.
Jemari yang baru nak bertatih-tatih memasak pun cuba la cari resepi kek coklat dan terjumpa resepi fendi75. Tapi Jemari ada adjust sikit resepinya ikut barang-barang yang ada kat rumah.. Layan gak kek ni... Boleh ar buat cik amatur macam Jemari ni... Jom layan...
Bahan A:
3 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan B:
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur 2 sudu kecil nescafe
Bahan C:
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
*Topping*
175 gm cooking chocolate
2 sudu kecil nescafe
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-Cara:
1. Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan pukul lagi. Kemudian masukkan minyak masak. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
2. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak.
3. Utk toppingnya, masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api perlahan panaskan sampai mencapai kepekatan yang diingini.
3 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan B:
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur 2 sudu kecil nescafe
Bahan C:
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
*Topping*
175 gm cooking chocolate
2 sudu kecil nescafe
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-Cara:
1. Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan pukul lagi. Kemudian masukkan minyak masak. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
2. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak.
3. Utk toppingnya, masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api perlahan panaskan sampai mencapai kepekatan yang diingini.
Subscribe to:
Posts (Atom)