Tuesday, April 6, 2010

Ayam Masak Merah


Hari tue Jemari masak nasi briyani untuk jamu kawan-kawan. Best betul makan bila badan ramai ni. Nasi yang jarang2 habis pun licin. Antara lauk yang Jemari masak ialah Ayam Masak Merah ni. Terlampau merah lak gambarnya sebab pinggan Jemari ni memang menyala gitu...

Bahan:
2 keping dada ayam dipotong kecil ikut suka
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia muda*
1 biji buah keras*(*dikisar halus)
2 sudu tomato puri
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
2 sudu cili kisar

Cara2:
1. Tumis cili kisar, bawang putih, bawang merah, halia dan buah keras hingga pecah minyak.

2. Kemudian boleh masukkan tomato puri, sos tomato dan sos cili hingga sebati dan agak pekat. Masukkan sedikit gula dan garam sebagai perisa. Siap! :P

No comments:

Post a Comment